Inflation (Major group, food and transportation)
Sumber daripada : Jabatan Perangkaan Malaysia
Source : Department of Statistics Malaysia

Inflasi Bulan September (Rajah 1)
Figure 1 (Inflation in September)
Inflasi Bulan Oktober ( Rajah 2)
Figure 2 (Inflation in October)

Rajah 1 di atas menunjukkan indeks harga pengguna (IHP) negara pada bulan September dan kadar inflasi negara pada bulan September 2022 iaitu sebanyak 4.5%. Kadar ini mengalami penurunan pada bulan berikutnya iaitu pada bulan Oktober 2022 yang ditunjukkan dalam rajah 2 iaitu 4.0%.
Figure 1 shows the country's consumer price index (CPI) in September and the country's inflation rate in September 2022, which is 4.5%. This rate experienced a decrease in the following month which is in October 2022 which is shown in figure 2 which is 4.0%.

Terdapat beberapa kumpulan utama yang mengalami kenaikan kadar inflasi iaitu kumpulan makanan & minuman bukan alkohol iaitu peningkatan sebanyak 0.3% daripada 6.8% pada bulan September lalu meningkat kepada 7.1 % pada bulan Oktober. Selain itu, kumpulan perkhidmatan reakreasi & kebudayaan juga mengalami peningkatan sebanyak 0.3% di mana kadar pada bulan September 2022 ialah 3.1% lalu meningkat kepada 3.4% pada bulan berikutnya. Mengambil kutipan dari Harian Metro direkodkan 3 negeri yang mengalami peningkatan inflasi dalam kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol iaitu Selangor dengan jumlah 8.8% diikuti oleh Sarawak iaitu 7.8% dan Pulau Pinang sebanyak 7.6%.
There are several main groups that experienced an increase in the inflation rate, namely the food & non-alcoholic beverages group, which increased by 0.3% from 6.8% last September to 7.1% in October. In addition, the recreation & cultural services group also experienced an increase of 0.3% where the rate in September 2022 was 3.1% then increased to 3.4% the following month. Taking a quote from Harian Metro recorded 3 states that experienced an increase in inflation in the non-alcoholic food and beverage group, namely Selangor with a total of 8.8% followed by Sarawak with 7.8% and Penang with 7.6%.
Manakala dalam rajah tersebut juga menunjukkan peningkatan kadar inflasi yang menyederhana iaitu dalam beberapa kumpulan utama iaitu kumpulan Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain sebanyak 4% pada bulan sebelumnya dan pada bulan Oktober kadar inflasi mengurang kepada 1.5%. Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin pengurangan kadar ini adalah disebabkan kesan asas susulan penamatan diskaun elektrik yang telah diberikan oleh kerajaan iaitu di bawah program Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bermula pada bulan Julai 2022 dan berhujung pada bulan September 2022. Selain itu, terdapat juga kumpulan utama yang lain menunjukkan pengurangan kadar inflasi seperti dalam rajah 2 iaitu Kumpulan restoran dan hotel dari 6.9% kepada 6.8%, kumpulan utama pengangkutan daripada kadar 5.3% kepada 5.2% dan akhir sekali kumpulan hiasan, perkakasan dan penyelengaraan isi rumah daripada nilai 4.4% kepada 4.1% pada bulan Oktober 2022.
The figure also shows a moderate increase in the rate of inflation in some of the main groups namely Housing, water, electricity, gas and other fuels by 4% in the previous month and in October the rate of inflation decreased to 1.5%. According to the Chief Statistician of Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, this rate reduction is due to the basic effect of the termination of the electricity discount that has been given by the government under the People's Protection and Economic Recovery Package (PEMULIH) program starting in July 2022 and ending in September 2022. In addition, there are also other main groups showing a reduction in the inflation rate as shown in figure 2, namely the restaurant and hotel group from 6.9% to 6.8%, the main transport group from 5.3% to 5.2% and finally the decoration, hardware and maintenance group households from a value of 4.4% to 4.1% in October 2022.